PERANCANGAN HALATUJU DAN PROGRAM PENYELIDIKAN
NATURAL AND SYNTHETIC PRODUCTS | IMMUNE AND MOLECULAR PATHWAYS | APPLICATIONS OF MARINE MICRO-ORGANISMS |
|
|
|
Perancangan halatuju dan program penyelidikan IBM adalah berasaskan kepada kekuatan sediada di IBM. Berdasarkan perbincangan yang diadakan, beberapa penstrukturan semula dilakukan di IBM
Berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti R&D&C yang dijalankan di IBM, untuk merangsang aktiviti-aktiviti tersebut secara sistematik, dua entiti diwujudkan iaitu Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan yang merupakan peranan utama di institut penyelidikan dan Unit Inovasi dan Pemindahan Ilmu yang merupakan peranan kedua di institut penyelidikan.
Secara keseluruhannya, tema yang digunakan untuk memfokuskan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan, dan, inovasi dan pemindahan ilmu yang dijalankan di IBM ialah “Bioprospecting of Marine Natural Products”.
PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
Di Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, tiga program diperkenalkan yang akan menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan intra-program dan inter-program
. Program-program penyelidikan yang dipersetujui ialah:
- Applications of marine micro-organisms
- Immune and molecular pathways
- Natural and synthetic products
Ketiga-tiga program ini akan menjalankan aktiviti-aktiviti R&D berdasarkan kepada ‘technology platform’ yang berkaitan.
- Natural and synthetic products – biota library, natural and synthetic compound library, high capacity preparative HPLC
- Immune and molecular pathways – proteomics, genomics and high throughput screening assays
- Applications of marine micro-organisms – marine microbial culture collections, genomics, bioinformatics, microbial ID platform
Untuk memastikan aktiviti-aktiviti R&D&C dijalankan berlandaskan kepada amalan yang terbaik, beberapa ‘enablers’ dikenalpasti untuk digunapakai di IMB.
- Good science practice (GSP) – sedang digunapakai
- ISO 17205 – di dalam proses untuk mendapatkan akreditasi dan dijangka akan mendapat akreditasi sepenuhnya pada penghujung tahun 2014
- National Bioinformatics System (NABTICS) – dibangunkan secara ‘in-house’ akan dirancang untuk digunapakai secara sepenuhnya bermula pada tahun 2015 sebagai one-stop center untuk menyimpan secara data dan maklumat secara atas talian.
Penubuhan Pusat Rujukan Marin dan Portal UMT
Ianya merupakan Pusat Rujukan dan Portal Pangkalan Data Marin yang mampu berfungsi secara efektif dan sistematik dan akan dijalankan secara usahasama dengan INOS sebagai salah satu strategi Blue Ocean Strategy. Ia akan menjadi satu pusat berintegrasi yang pertama seumpamanya di Malaysia dan boleh dijadikan pusat rujukan peringkat nasional dan global terutamanya untuk penyelidik, pelajar-pelajar paska dan pra siswazah untuk tujuan pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah marin di negara kita. Pusat rujukan dan portal pangkalan data marin ini kelak merangkumi makmal-makmal dan pusat repositori sumber marin (hidupan dan mikrob marin, biota kering, sumber genetik dan produk semulajadi) dan portal pangkalan data marin.